[WTS] Angel Airtime Pants Used And New


http://www.xtionpaintball.com/forum/index.php/topic,3363.0.html

For the horde! For the glory~

Paintball realisasikan gagasan 1Malaysia - Sinar Harian Edisi KL SELANGOR

Kelab Sukan Paintball Nemesis–Malaysia dengan sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan yang menganjurkan
Kejohanan Paintball Malaysia Super Lite 2009 bertempat di Padang Astaka, Petaling Jaya hujung minggu lalu berjaya merealisasikan konsep 1Malaysia dengan penyertaan yang diterima datangnya daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
Dengan penyertaan sebanyak 54 pasukan yang diterima, ia menyaksikan penyertaan pelbagai kaum selain turut menarik minat penyertaan pemain luar negara seperti Iran, Jerman, Amerika Syarikat dan England yang dijemput menyertai pasukan tempatan bagi memperkuatkan pasukan masing-masing.
Selain itu, faktor hadiah lumayan bernilai RM46,000 keseluruhan turut mendorong banyak pasukan tempatan menyertai kejohanan pertama kali dianjurkan ini.
Antara pasukan-pasukan tersohor negara yang menyertai kejohanan ini adalah Nemesis Legions, Raskal, Xtioneer, Delta Rover, No Mercy dan banyak lagi yang bertarung untuk menjadi pasukan terbaik negara.
Presiden Kelab Sukan Paintball Nemesis, Siti Samirah Khairudin berkata, kejohanan yang mempertandingkan tiga kategori itu iaitu kategori Terbuka, Kategori Amatur/Novice, dan kategori Division 4 berjaya merealisasikan konsep 1Malaysia.
“Ini kerana pelbagai kaum menyertai kejohanan ini termasuk belia luar negara yang menetap atau belajar atau bekerja di negara ini.
“Hubungan persahabatan melalui aktiviti sukan ini juga berjaya mengeratkan hubungan persahabatan di kalangan belia di negara kita,” katanya.
Siti berkata, untuk menerapkan lagi semangat persahabatan dalam kalangan peserta, satu Majlis Jamuan Hari Raya 1Malaysia turut diadakan semasa kejohanan berkenaan berlangsung.
Dengan konsep makan bersama dengan menu tradisional seperti lemang, ketupat, rendang dan kambing panggang, ia berjaya mewujudkan perpaduan antar peserta.
Kejohanan ini menyaksikan pasukan Nemesis Legions menjadi johan bagi kategori Terbuka dan berjaya membawa pulang RM9,000, piala dan medal.
Tempat kedua kategori disandang oleh Delta Rovers dan membawa pulang RM6,000 dan medal manakala pasukan Raskal mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM4,000 dan medal.
Bagi kategori Amatur/novice, pasukan Marauders Elite membawa pulang RM6,000, berserta piala, medal dan barangan alatan paintball dari jenama DYE.
Tempat kedua disandang oleh pasukan No Mercy dengan membawa pulang RM,4000 dan medal sementara tempat ketiga dimenangi oleh pasukan JB Syndicate dengan membawa pulang RM2,000 dan medal.
Kategori Division 4, tempat pertama dimenangi oleh pasukan JS dan membawa pulang RM2,000, piala, medal dan alatan sukan paintball tajaan WednaHoll Proshop Malaysia.
Tempat kedua dimenangi pasukan Yin Yang sementara tempat ketiga pasukan Bamboo Bullet.
Kejohanan ini turut menawarkan hadiah wang tunai dan medal sehingga tempat kelapan di setiap kategori.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia iaitu Ng Cheng Lop dan Presiden Majlis Belia Wilayah Kuala Lumpur Azmi Azilan.
Selain sukan paintball, pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti jualan produk – produk sukan terutama alatan paintball oleh usahawan – usahawan belia.
Selain itu Majlis Belia Malaysia turut membuka kaunter pendaftaran belia menyertai persatuan sebagai usaha menarik lebih ramai belia menyertai persatuan di negara sejajar dengan sasaran untuk menarik 1 juta belia menyertai persatuan menjelang akhir tahun 2009.
Dianggarkan seramai 3000 belia telah hadir di program ini sepanjang 2 hari kejohanan berlangsung.
Pihak penganjur amat berterima kasih kepada semua penaja dan mereka yang membantu kejohanan ini terutama Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Pergerakan Pemuda Malaysia, Majlis Belia Kuala Lumpur, Syarikat DYE Asia, Wednaholl Proshop, KCHL Proshop kerana membantu dan menaja kejohanan ini.
Siti berkata, besar harapan agar sambutan dan penajaan sepanjang kejohanan ini dapat diteruskan untuk Kejohanan International Super Seven Championship 2010 yang akan berlangsung pada Mei 2010 nanti.

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story5314173.asp

Malaysia Super Lite 09 Result



Congrats to all winners!! Sarawantete!!

Division 4
-10teams-
1st - JS
2nd - Ying Yang
3rd - Bamboo Bullets
4th - Fevakuza

Open Division
1st - Nemesis Legion
2nd - Delta Rovers
3rd - Raskal
4th - Xtioneers

Am/Novice Division
1st - Marauders
2nd - No Mercy
3rd - JB Syndicate
4th - EJPC

Terima kasih bebanyak pada Buya, MUS, SERAP, Sopie, Aimy, Baby, Nad, Apip, Jub, Hasan, AIMY HASAN, Billy, Param dan Amad atas sikap kerjasama masing2 membantu JS menjadi Juara D4 MSL 09. Korang mmg sempoi + supportive!

Me oto otai to sarawentete'!!
JS CHOR!!

TV3 Scoreboard



Sitemeter